Want your own Fotopage?

|
|
Comel Honey Yasmin Perkembangan Kanak-kanak Kesihatan Anak Keibubapaan Ibu Bapa Ceria IQ Fotografi Kanak-kanak Model Keluarga
 By: Kak Leez
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Saturday, 21-May-2011 05:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Duhai Si Pari-Pari....
|
|
23 April yang lepas, salah seorang sepupu Tok Mie telah melangsungkan perkahwinan di Dewan Pembandaran Ampang. Biasanya, kalau salah seorang famili Tok Mie nak buat kerja kawin, setiap ahli keluarga akan diberikan tugas. Jadi, Kak Leez dilantik sebagai Ibu Sipari-pari. Tugas Kak Leez menghias dan melatih sipari-pari.
Macam biasa, Honeylah yang paling excited sekali. So Kak Leez belikan baju gaun kembang mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pengantin. Ada 6 pari-pari yang Kak Leez kena siapkan.
Bila tiba hari persandingan, sebaik sahaja majlis pernikahan di surau, Kak Leez cepat-cepat bawak sipari-pari ni pergi bersolek. Senang je nak make-up kan budak-budak. Bila dah selesai berhias, kenalah tunggu pengantin bersiap pulak. 2 jam budak-budak ni menunggu. You all bayangkan dengan cuaca yang panas dan dengan baju gaun kembang lagi...Kesian sipari-pari...make up pun dah cair...
Bila selesai pengantin bersiap, kami pun menuju ke dewan yang mengambil masa 15 minit perjalanan. Sebaik sahaja sampai di dewan, bukan pengantin yang disambut dengan meriahnya, tetapi si pari-pari pula yang mendapat sorakan. Bangganya jadi ibu si pari-pari...heheh.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan yang paling best sekali, ibu si pari-pari mendapat pujian...
Sukanya hati ibu si pari-pari...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Feb-2011 12:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mind your language!
|
|
It was happened in the car while i'm taking Honey to Ibu's house. I just want to test her english coz i seldom hear she talk in english.
" Sayang,when you grow up, what you want to be?"
"I want to be a doctor.."
"Animal doctor or human doctor?"
"Animal doctor..because i like animals sooo much"
"Ohh...veterinar la...Which animal you want to check?"
"cat...dog...giraffe....cow...lion...and got some more..."
"If someone brings his cat to you, what you should do?
"I check la the eyes., legs...ear...mouth..."
"you must check the fur...you must check the tounge and teeth. Then you must brush the teeth"
"where to get the brush?"
"You have to buy from the pet store laaa..."
"OOwwh..."
"What you should do if a dog owner bring his dog to you..? Haaa....We cannot touch the dog..?"
"I cover my hands with plastic la mama...Tu pun tak tau ke?"
"Use the glove..."
"Haaa...Glove..."
"Why don't you become a medical doctor...so in the future, I don't have to see doctor Lim lah...doctor Lee la...I just see doctor Honey only... "
"Honey....Mama not feeling well, can you give me some medicine..or Honey...my heart beat is sooo fast...can you check on me?"
Then she looked up to me.
"Bila Min dah besar, mama ada lagi keee??"
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Jan-2011 03:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Honey Go To School
|
|
Cepat betul masa berlalu. Diam tak diam Honey dah masuk darjah satu. Seperti yang dijanjikan, Kak Leez daftarkan Honey ke sekolah cina. Kita lihat sama ada Honey berjaya menyahut cabaran atau tidak? Kalau dia mengalah, kenalah Kak Leez ikutkan. Anak-anak tak boleh dipaksa...Nanti rosak masa depannya.
Semasa sesi orientasi, dia dah tarik tangan Kak Leez ajak balik. "Min tak faham cina lah mama..." Dah nak mula menangis. "Sebab tak fahamlah mama hantar Min kat sini...nanti Min boleh belajar.." Memang susah juga mulanya apabila dalam dewan tu 100% berbahasa cina. Kak Leez buat-buat faham jelah. Dalam hati risau jugak rasanya...
Tapi bila dah masuk kelas, ramai jugak parents yang tolong jelaskan pada Kak Leez dalam bahasa Melayu. Dalam kelas Honey tu cuma 3 orang sahaja yang berbangsa melayu. Honey ni kiranya perempuan melayu terakhirlah.
Hari pertama kesekolah, Kak Leez bangun jam 5 pagi. Masak nasi dan lauk untuk bekalan Honey. Senang nanti, dia tak payah beli makanan di kantin sekolah. Pukul 5.45, Kak Leez kejutkan Honey. Cepat jugak dia mandi. Terlalu bersemangat nampaknya. Pukul 7.00 dah tiba di perkarangan sekolah. Kak Leez tunggu hampir dua jam di kelas Honey. Cikgu bahagikan buku teks dan aturkan tempat duduk. Banyak betul buku. Nampaknya, terpaksalah Kak Leez belikan beg beroda. Sebelum ni Kak Leez tak nak beli beg beroda sebab takut kelasnya berada di tingkat atas. Nanti sambil naik tangga diseret begnya, roda cepat rosak. Kak Leez tengok Honey tak de masalah nak faham arahan cikgunya, so kira okaylah tu! Cuma Tok Mie cakap "Nanti, anak awak jadi Orchid lah dalam cerita SEPET tu!!!"
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Dec-2010 23:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Le Tour De Taman Tasik
|
|
Alhamdulillah, rezeki di hujung-hujung tahun ni murah sedikit, so Kak Leez dapatlah belikan Honey basikal besar. Dah beberapa kali dia merengek nakkan basikal besar. Maklumlah, orang dah besar....
Kak Leez ke kedai basikal dengan Tok Mie. Itupun masa lunch. Konon nak suprisekan dia..Kalau bawak dia nanti, mau satu kedai ni dia nak..Kak Leez berkenan dengan basikal untuk girl..Kak Leez pun boleh menempel sekali. Tapi Tok Mie pilih basikal lipat. Fesyen terkini katanya. Lagipun senang nak masuk kereta. Bila bawa balik dan tunjukkan kepada Honey, dia punya suka sampai melompat-lompat!! Malam-malam pun test drive!
Jadi, petang hari ahad yang lepas, Kak Leez lepak-lepak dirumah. Tok Mie dah pergi gym. Tinggallah Kak Leez berdua sahaja. Honey main kat luar dengan geng mesyuarat tingkap..Sekejap tu dia balik kerumah. "Mama...jom teman Min gi taman permainan" Alaaaa...malas betul Kak Leez nak ke Taman Permainan..Tidaklah jauh sangat tapi berpeluh jugaklah..."Mama tak laratlah Min...Min mainlah kat depan ni aje.."" Ala..Min tak de kawan..Idina dah pergi maiden dengan mama dia...Lily tak nak main dengan Min...Bolehlah ma....please......"
Kesian jugak Kak Leez dengar...tapi malasnya nak pergi. "Mama nak naik apa? ayah dah bawak kereta..." Kak Leez beri alasan yang agak munasabahlah...
"Mama jalan kakilah...Min nak naik basikal baru.." Satu cadangan yang bernassss!!!
"Ala...Min main kat depan ni ajelah...kalau tak nak main kat depan duduk dalam rumah.."Kak Leez bagi dia pilihan yang lagiiii bernas!!!
"Okaylah...Min main kat depanlah..."Dia mengalah...hehehe...bukan susah sangat nak cantas cakap dia ni...
Kak Leez pun mandi dan solat. Tiba-tiba terlintas difikiran...Apa salahnya pergi taman permainan. Kak Leez bawak basikal besar, dia bawaklah basikal keciknya..
So Kak Leez pun kayuhlah basikal besar sambil Honey tunjukkan jalan macam mamanya ni baru duduk kat taman perumahan ni.....
Bila dah kayuh basikal, Kak Leez pun gatal kaki ni nak kayuh lebih jauh. "Jom Min...kita gi tasik."
Tasik tu memang cantik tempat orang beriadah tapi agak jauh sedikit. Turun bukit memang takde masalah, tapi bila jalannya macam mendaki sikit, Kak Leez dah penat..Sekejap-sekejap berhenti..Orang sakit jantung kayuh basikal...konon-konon kuat...
Baru kayuh 10 meter, kak Leez dah suruh Honey berhenti...kayuh 10 meter, berhenti...Apa lagi, fed up lah Honey!
"Cepatlah mama!!!!"
"Sekejaplah...mama penat ni..."
"Mama ni asyik suruh Min tunggu! Tunggu! Tunggu!...Nak suruh Min tunggu sampai malam ke?????!!"
Amboi...amboi..amboi...mulut dia ni....mengetis-ngetis!!!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 30-Oct-2010 00:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
? - 8 = 4
|
|
Honey memang tak suka matematik. Kalau dia buka buku di rumah, tak pernah buka buku matematik. Lain-lain subjek tak da masalah. Membaca pun dah boleh. Bahasa Malaysia dan bahasa inggeris. Tetapi satu subjek ni memang pantang nenek moyang dia...Kak Leez pun tak tau setakat mana dia faham matematik.
Jadi satu hari tu, dia tunjuk homework matematik pada Kak Leez. "Mama...ajarkan Min..." Ok lah, Kak Leez ajar. Setakat tolak tambah tu apalah sangat...kacang je! Kak Leez suruh dia buat dulu lepas tu Kak Leez tengok betul ke salah. Memang banyak yang nak di betulkan. So,Kak Leez suruh dia ambil kertas kosong letak di sebelah. Nak buat kerja kira-kira. Dia cakap tak boleh...teacher suruh tulis atas workbook ni jugak! Oklah...tak guna bertekak dengan dia, nanti takut mood cikgu Leez baik, bertukar!! Kak Leez pun contenglah atas buku kerja dia.."Mama!!!!!kenapa mama conteng buku min...teacher cakap Min je boleh conteng!!" Habis tu nak tulis kat mana? Atas lantai? "Ala...nanti Min padamlah balik...Mama tunjuk dulu." Kak Leez pun ajarlah...
Tiba satu soalan ? - 8 = 4.. Dia jawab 4. Kak Leez cakap, kalau soalan tu ada tolak, so Min kena tambah jawapan dengan nombor yg dia bagi. So 8 kena tambah dengan 4 = 12.
"Bukanlah mama...jawapan dia 4 la...Dia pulak ajar Kak Leez!
"Macam mana dapat 4? Kan 12 ni?" Kak Leez dah mula panas....."Cepat tulis 12 kat sini.Lepas tu pergi tidur!"
Jadi esoknya, dia cakap ada homework matematik lagi. Bila Kak Leez tengok teacher dia belum tick soalan ? - 8 = 4. Yang lain Ok. Bila Kak Leez tengok jawapan yang dia tulis, 4 - 8 = 4. "Kan Mama dah cakap jawapan dia 12!" Dia cepat2 padam no 4 dan tulis no 12.
Esoknya lagi dia tunjuk buku matematik yang semalam tu...Dah naik lunyai dibuatnya. Kak Leez tengok soalan yang sama juga tak bertanda. Dia boleh padam jawapan semalam tu dan dia tulis 11 - 8 = 4.
"Ni sapa lagi pandai ni ha? Mama ke Min?" Kak Leez dah tak boleh sabar lagi dah...Terasa di perkotak-katikkan....
Bermula dari situ, Kak Leez pun selalu bagi Honey latihan matematik. Hinggalah satu hari tu Kak Leez tengah ajar dia mengira, dia boleh cakap "Mama ni....macam kira duit la pulak!!!!!
Tu baru sorang je anak murid Kak Leez...Kalau ramai macam ni...pengsan Kak Leez agaknya!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Sep-2010 02:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya yang tragis.....
|
|
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Walaupun hari ni dah masuk 17 Syawal, kenangan hari raya pertama masih segar lagi dalam ingatan. Cuma masa belum terluang untuk Kak Leez abadikan disini.
Tahun ini giliran we all beraya di kampung Tok Mie. Along dan Angah Tok Mie juga beraya di sana. Seperti biasa, selepas bersarapan, we all bermaaf-maafan dan berkunjung ke rumah nenek di kampung yang sama. Selepas solat Jumaat, we all bercadang untuk ke Masjid Selat untuk mengabadikan foto keluarga. Salah satu rutin tahunan we all. Jadi untuk mencipta sedikit kelainan, Tok Mie mancadangkan foto keluarga diambil di Masjid Selat.
Tengah duduk menunggu yang lain lepas sembahyang asar, tiba-tiba Kak Leez terdengar alarm kereta Kak Leez berbunyi. Rupa-rupanya Tok Mie suruh anak buahnya ambilkan stand camera didalam kereta. Tapi dah tersalah tekan, dan alarm tak boleh dihentikan. Kecoh jugak sampai orang lain pun turut memberikan perrtolongan. Masa nilah pulak kunci kereta tu nak jem.....Tekan-tekan tak boleh. Lebih 15 minit jugaklah...nasib baik boleh akhirnya.
Kak Leez ingatkan we all cuba bergambar di hadapan Masjid sahaja, rupa-rupanya kena turun ke tepi pantai yang dikelilingi dengan batu-batu yang besar dan tajam. Boleh ke? Dengan baju kurung dan dengan budak kecik? Untuk orang muda macam we all ni mungkin bolehlah...Itu pun merangkak-rangkak Kak Leez dibuatnya. untuk Mak mentua Kak leez? Sengsara sungguh....
Sedang We all mengambil tempat duduk masing-masing, tiba-tiba mak mentua Kak Leez terbalik ke belakang. Nasib baik batu tu tak tinggi sangat dan tak ada batu di belakangnya.. Cuma jatuh atas pasir. Dah lah mak ada darah tinggi....Nasib baik tak apa-apa.
Disebabkan kamera di setkan timer, Tok Mie kenalah berlari sikit untuk ambil tempat. Dalam pada kecoh2 tu, Tok Mie pulak tergelecek...Alamak...habis baju melayu subsidi..hehehe...Nasib baik tak apa-apa...
Lepas ambil gambar, Apak melaung kat cucu-cucunya supaya mengikutnya kekedai untuk membeli aiskrim. Dalam pada itu, we all ambil gambar ikut famili masing-masing. Tiba giliran famili Kak Leez, Honey baru saja nak membuka aiskrimnya. Apalagi dia pun suruh nenek pegang sekejap. Masing-masing mengusik Honey yang aiskrim dia dah habis. Apalagi, tak tentu arahlah dia dibuatnya. Lepas ambik gambar, dia menangis sekuat hatinya. "Kenapa?"
"Nenek makan aiskrim Miiiiinnnn!!!!!!!!!!" Mak mentua Kak Leez tak dengar sangat sebab jauh sikit. Rupanya memang betul mak tengah menyuap aiskrim Honey yang lain dari yang lain...Dah atok kena pergi kedai lagi sekali....Min...Min...
Sedang sibuk-sibuk nak bergerak balok, Angah pulak kehilangan kunci kereta...kereta baru tu!!!!!Puas we all mencari, last-last polis yang jumpa...aduhhhh....
Selepas itu we all ke rumah mak usu di Bachang. Kemudian balik ke rumah Kak Leez untuk berehat. Anak buah Kak Leez kalau datang mesti duduk dalam bilik Honey. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat dari atas dan diikuti dengan tangisan yang kuat. Kak Fiza( biras Kak Leez) berlari keatas. Rupa-rupanya Wawa jatuh katil.. Lebam tangannya.
Angah pun bergegas balik ke Sungai Rambai. Esoknya Kak Leez dapat tahu tulang bahunya patah...Kasihan Wawa...Tragis kan hari raya Kak Leez?
sebelum wawa patah bahu....
Pasangan romantis sepanjang zaman...
keluarga Along...
Cantik tak?
Muka Honey tak dapat aiskrim..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Sep-2010 13:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hadiah hari raya....
|
|
Masih segar dalam ingatan Kak Leez peristiwa yang meragut nyawa 4 ahli keluarga Kak Leez. Walaupun sesekali terasa sedih, dalam masa yang sama kami sekelurga masih berdebar-debar menunggu keputusan mahkamah terhadap Rasidi Ismail.
Akhirnya penantian berakhir apabila Rasidi dibebaskan dari pertuduhan kerana di dapati mengidap penyakit skizofrenia paranoid.
Sebelum hari-hari terakhir perbicaraan, kami sekeluarga berdoa supaya dia tidak akan dihukum gantung. Kasihan Mak Ngah kalau dia dihukum gantung kerana dah lah kehilangan suami dan seorang anak, kalau Rasidi digantung, Mak ngah akan hilang lagi seorang anak...Kami sekeluarga berdoa agar Rasidi akan sembuh seperti sediakala dan ceria seperti dulu...Amin...
Jadi, Kak Leez uploadkanlah gambar-gambar sewaktu jenazah atok,nenek,pakngah dan Siti dikebumikan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..AlFatihah....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Aug-2010 14:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nak tau? Tanyalah mama....
|
|
Anak-anak ni bila dah semakin membesar, semakin banyak perkara yang mereka ingin tahu. Semakin kerap mereka berrtanya soalan-soalan yang mencabar minda. Dan memang menjadi fitrah manusia untuk mengetahui dari mana asal mereka, juga soalan-soalan yang bersifat ketuhanan.
Begitu juga Honey. Sejak dua menjak ni asyik lah bertanya siapa Allah, macammana rupa Allah, siapa syaitan, syurga tu apa, syurga itu di mana, neraka tu macammana....
Jadi, Kak Leez rasa kita sebagai ibu bapa juga sepatutnya tidak boleh memandang perkara ini sebagai hal yang remeh temeh. Salah memberi jawapan, nahaslah jawabnya. Walaupun kita tahu jawapannya, tapi tak semestinya jawapan kita itu akan diterima akal seorang budak berusia 6 tahun.
Jadi bila dia tanya siapa Allah, Kak Leez akan jawab tuhan kita namanya Allah. Allah jadikan 'living things'. Honey dah belajar kat sekolah 'living things' dan 'non-living things' so senanglah Kak Leez nak explain. Allah dengan syaitan, siapa lebih kuat? Kak Leez jawab Allah lebih kuat sebab syaitan pun takutkan Allah. Kalau Min jumpa hantu, Min jerit kuat-kuat nama Allah, nanti mesti syaitan lari. Syaitan boleh buat apa? Syaitan buat jahat je...nanti dia ajak min buat jahat....Dia suka Min masuk neraka. Rumah syaitan kat mana? Syaitan suka duduk dalam bilik air yang kotor, dalam hutan dan dalam rumah yang bersepah, Sebab tu mama suruh Min kemas bilik, dan selalu bersihkan toilet....Kalau kereta bersepah ma? Pun syaitan suka duduk...lebih baik Min tolong mama kemas kereta mama ni!!(sempat jugak nak mengenakan mama dia...)
Syurga tu apa? Syurga tu satu taman yang cantiiikkk....Orang yang buat baik je boleh masuk dalam syurga. Kalau Min puasa, dengar cakap mama dan ayah, tak cakap bohong, sembahyang dan mengaji,nanti Min masuk syurga. Kat syurga nanti, Min minta apa saja mesti dapat...Nak aiskrim, nak mainan, nak buku, semua Min dapat. Min nak pergi kat syurga tu sekarang boleh? Mana boleh...Kalau Min pergi syurga tu sekarang,mama dengan ayah takda...mama dengan ayah kat sini...Nanti Min sorang-sorang. Bila Min boleh masuk syurga? Lambat lagi...tunggu kita tua lepas tu kita mati barulah boleh masuk syurga. Syurga tu kat mana? Kat langit....so dia tahu langit tu diatas....Neraka tu apa? Neraka tu tempat untuk orang jahat. Dalam dia ada api bessaaaarrr!!!!Paaannnaaasss sanngat!
Nabi Muhammad tu siapa? Nabi Muhammad tu cikgu kita....Dia ajar kita macammana nak jadi orang Islam...Orang Islam tu apa? Siapa yang tuhan dia Allah, dialah orang Islam. Min pun orang Islam.
Macam tulah lebih kurang soalan-soalan yang selalu diajukan kepada Kak Leez. Setiap soalan mesti ada jawapan. Dan ini sebagai galakan kepada Honey untuk bertanya dan menanam minat dalam bidang agama. Setiap pagi kak Leez akan buka kelas didalam kereta. Topiknya tak menentu. Kadang-kadang kelas tauhid, kadang-kadang fardhu Ain, kadang-kadang kelas Al-Quran. Kadang-kadang terpesong sikit, buka kelas sains dan matematik ataupun kelas bahasa isyarat. Kelas muzik pun ada....Cuma kelas bahasa arab je belum lagi.... Nak tau apa lagi? Semuanya mama boleh jawab....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Aug-2010 22:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sikiiiitttt...lagi!!!
|
|
Ramadhan menjelma lagi. Seperti biasa, Kak Leez berazam supaya dapat mencukupkan puasa Honey Yasmin pada tahun ini. Umur dah 6 tahun sepatutnya dah tak boleh main-main lagi. Awal-awal lagi Kak Leez dah beritahu Honey yang dia kena puasa tahun ni. Dah nak masuk sekolah rendah kenalah puasa penuh.
Kak Leez janji dengan Honey, satu hari puasa penuh, kak Leez bagi dia seringgit. "Nanti mama kasi Min satu hari seringgit, Min kumpul sampai 30, nanti boleh beli permainan".
"Permainan apa?".
"Permainan yang harganya RM30. Selalunya mama kasi Min beli mainan harga RM10 je kan? Kali ni Min boleh beli mainan Rm 30. Lagi banyak!"
"Alaaaa...taknak lah...Min puasa 10 hari jelah ma....pun dapat mainan jugak!" Sabaaaar je lah!!!!
Hari pertama puasa, Melaka cuti. So Kak Leez pun balik ke Kuala Pilah. Senang aje nak kejut dia bangun sahur. Sepinggan penuh nasi yang dia makan. Lepas makan dia terus tidur.
Bangun pukul 10, Kak Leez pulak pergilah ke pekan dengan mak, Na, Yusra dan Honey. Yusra pulak tak puasa so kejap-kejap nak air kotak...kejap-kejap nak keropok...Honey tengok je Yusra makan. Kak Leez dah risau dah. Ada yang buka puasa ni nanti...
Bila balik ke rumah, Honey dah minta air. "Hauslah ma...." Kak Leez marah dia balik.
"Kan mama dah suruh duduk diam....jangan lompat-lompat!!!"
Terdiamlah dia..."Min pergi baring dengan ayah. Min bangun nanti dah boleh berbuka..." Tidurlah dia.
Pukul 6 petang, Kak Leez kejut Honey bangun. Suruh mandi dan ajak ayah pergi kedai.
"Nak beli apa?" Tok Mie tanya. "Apa-apa yang dia nak."
Bila balik dari kedai, Kak Leez tengok dia beli gula-gula dan chewing gum. Letak dalam plastik.
Kak Leez pulak sibuk memasak. "Mak...nak makan!!!" Daniel, adik bongsu Kak Leez minta nasi.
"Adik ni...tahanlah sikit...tengok Yasmin tu boleh puasa sampai petang!" Kak Leez membebel.
"Mana ada puasa? Dia dah makan chewing gum tadi!!" Ya rabbiiiii....Honey ni.....Kak Leez memang dah terlintas dalam hati tadi masa nampak Honey pegang gula-gula tu...Ada yang dia makan gula-gula ni nanti...Memang dah sah!
Terkilan Kak Leez...apa nak buat...target tak sampai!!!Lagi siiikiiiit je lagi nak berbuka...
Cuba lagi!!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Jul-2010 14:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cameron Highlands....
|
|
Hari sabtu yang lepas we all ke Cameron Highlands untuk sekian kalinya. Dah selalu sangat pergi so bagi Kak Leez dah tak berapa menarik lagi lebih-lebih lagi Cameron Highland dah tak macam dulu lagi. Tetapi, kali ini Kak Leez pergi dengan family Tok Mie. Semua pergi kecuali apak (bapa mertua) sebab dia tak sanggup nak meninggalkan opisnye...
We all bertolak pagi sabtu sebab Tok Mie ada hal paginya. Kak Leez dari Melaka dengan Angah (abang ipar). Dari Melaka pukul sembilan pagi dan sampai Ke Cameron Highlands pukul 2 petang. Di sana, Along (kakak Ipar) dah tunggu we all. We all bawa bekalan dari rumah. Satu famili bawa satu hidangan. Kak Leez Bawaklah daging masak black pepper. Perut dah lapar, apalagi...selamatlah....
Di sebabkan famili Tok Mie memang tak pernah pergi Cameron Highlands, jadi Kak Leez dengan rasminya dilantik sebagai pemandu pelancong. Kak Leez lah yang buat planning nak pergi ke mana. So, Lepas makan, Kak Leez bawaklah mereka ke Rose Valley. Mak Mertua Kak Leez ni pun memang minatkan bunga-bungaan. Kemudian we all ke pasar malam Brinchang. Beli strawberry kat pasar malam lagi murah sebenarnya. Selepas membeli belah, we all pun balik ke Homestay dan masak makan malam.
Keesokkan harinya, selepas bersarapan, Kak Leez bawa mereka ke pasar pagi yang berhampiran dengan EQ untuk membeli sayuran. Kemudian we all ke taman Agro di Brinchang. Syok lepak disini sambil menikmati sundae strawberry yang fresh.
We all pulang ke Melaka selepas makan tengahari.
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 > >>] [Archive]
|
|
 |
|